BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Wednesday, October 28, 2015

Post #29 Jangan Menangguh Rezeki Orang Lain


Credit: FB Abd Ghani Haron

Credit: FB Abd Ghani Haron
Credit: FB Abd Ghani Haron
Credit: FB Abd Ghani Haron

Facebook Tuan Abd Ghani Haron merupakan salah satu FB yang sering akak follow kerana penulisan Tuan Abd Ghani, yang juga merupakan seorang bekas guru, sarat dengan nasihat dan panduan berguna yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. 

Daripada posting Tuan Abd Ghani berkenaan dengan Jangan Menangguh Rezeki Orang Lain, akak senaraikan beberapa nasihat beliau yang menurut pandangan akak, memang baik untuk kita renung dan fikirkan bersama.

  • "Banyak orang suka menangguh bayaran kepada sesuatu kerja dengan bersembunyi di balik kalimah tangguh sat bayaran sehari dua, seminggu dua." Itu hutang namanya.
  • Kenapa bila nak ke Tesco, ke Giant, kita pastikan ada duit dulu, baru pergi. Bila nak ke KFC, bila nak ke Pizza Hut, ada duit baru pergi. Bila beli, bila order makan terus bayar tunai. Tapi bila buat kenduri tahlil, kenduri kahwin, bayaran kepada caterer tangguh sehari dua, seminggu dua, tulis cek tarikh kehadapan. Nak kira duit salam. Sepatutnya, kenduri yang merupakan suatu ibadat tidak boleh ditangguh bayarannya supaya tamat dan sempurna ibadat tersebut.
  • Jika kita bertugas dijabatan yang mengurus pembayaran, berusahalah memenuhi amanah menyegerakan pembayaran, jika kita ketua di suatu pejabat, arahkanlah segera pembayaran.
  • Hidup ini ibadat. Setiap perbuatan yang baik adalah ibadat, sempurnakanlah ia tanpa cacat, sebaiknya menurut Sunnah, menurut yang dianjurkan oleh Rasulullah.


Jangan lupa meneliti penulisan Tuan Abd Ghani pada sreenshot yang telah akak letak kat atas tu ye. Semoga bermanafaat kepada yang membacanya.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

No comments: