BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Sunday, October 18, 2015

Post #15 Sedar tak Kita?



Pagi ni posting Copy n paste yang saya dapat dari grup whatsapp. Dan saya rasa ianya amat berguna untuk dikongsikan bersama.

Berhati-hati lah dalam setiap tingkah laku kita. Fikir sebelum buat.

Wallahualam.

[TELADAN YG SANGAT BERGUNA]
------------------------------------------------------

Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yg sedang dipromosi....

.....Bukan bahan yg dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka anaknyapun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Begitu juga kalau tuan rumah hanya jemput suami/isteri tapi kita siap bawa anak pinak .
Maka hukumnya pun sama.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

{Dipanjangkan dari hantaran orang lain, moga ada kebaikannya..}
-------------------------------------------------------
Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

No comments: