BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Saturday, October 31, 2015

Post #32 Jagalah Hati



Berpesan pada hati...
Agar hati tidak mati...
Untuk sentiasa mengingati Illahi...

Terimakasih Sudi Singgah.
~ Eeta.Sams ~

Friday, October 30, 2015

Post #31Blogwalking di Hari Jumaat 30 Oktober 2015


Salam Jumaat yang penuh barakah.


Hari ini akak dah blogwalking ke blog empat rakan blogger kepunyaan Yanie Yusuf, Ummul Azkee, Yana Yani dan Ms.Kejupenyet.

Terimakasih juga kepada mereka sebab dah follow blog akak ni ye. Dan bagi blogger lain yang sudi nak follow blog Eeta.Sams ni, boleh la jadi ahli blog ni dengan Google Friend Connect kat sidebar di sebelah kanan tu. Nanti boleh akak blogwalking kat blog korang pulak k.

Ini posting mereka yang akak singgah hari ini:

1. Sinopsis Telefilm Travelling Beruang by Yanie Yusuf.
Bahagian 1 Telefilm ni akan ditayangkan pada hari sabtu, 31 Oktober 2015 di TV3, jam 9 malam. Sebuah kisah kekeluargaan serta pengembaraan yang menarik. 

2. Apabila Iman Senipis Kulit Bawang by Ummul Azkee.
Cik Ummul Azkee menulis tentang kepentingan 'Makanan Rohani' untuk pembentukan akhlak yang baik. Inshaa Allah. Nak tahu apa itu Makanan Rohani, boleh baca kupasan Ummul Azkee pada posting/link diatas ye.

3. Promo GMBM 1st Anniversary Giveaway by Yana Yani.
Akak dah join, korang dah join ke belum? Kalau belum join, jom la join sekali. 

4. Renungan Jumaat Yang Indah by Ms.Kejupenyet.
"Orang yang kamu sayang juga milik Allah, mereka tetap akan pergi walau dengan cara yang menyakitkan. Pujuklah hati, bersabarlah." Untuk kita renungkan. Satu post yang sentimental dari Ms.Kejupenyet.

Alhamdulillah.


Thanks for Reading. 

~ Eeta.Sams ~

Wednesday, October 28, 2015

Post #30 Video Pendek Kanser Paru-Paru

Petang ni akak nak share video dari link blog akak yang satu lagi (Pretty Mommies).

Jom tengok jap video tentang kanser paru-paru kat link berikut:

Pretty Mommies (*by eeta.Sams): Video Pendek Kanser Paru-Paru:


Thanks for Reading.
~ Eeta.Sams ~

Post #29 Jangan Menangguh Rezeki Orang Lain


Credit: FB Abd Ghani Haron

Credit: FB Abd Ghani Haron
Credit: FB Abd Ghani Haron
Credit: FB Abd Ghani Haron

Facebook Tuan Abd Ghani Haron merupakan salah satu FB yang sering akak follow kerana penulisan Tuan Abd Ghani, yang juga merupakan seorang bekas guru, sarat dengan nasihat dan panduan berguna yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. 

Daripada posting Tuan Abd Ghani berkenaan dengan Jangan Menangguh Rezeki Orang Lain, akak senaraikan beberapa nasihat beliau yang menurut pandangan akak, memang baik untuk kita renung dan fikirkan bersama.

  • "Banyak orang suka menangguh bayaran kepada sesuatu kerja dengan bersembunyi di balik kalimah tangguh sat bayaran sehari dua, seminggu dua." Itu hutang namanya.
  • Kenapa bila nak ke Tesco, ke Giant, kita pastikan ada duit dulu, baru pergi. Bila nak ke KFC, bila nak ke Pizza Hut, ada duit baru pergi. Bila beli, bila order makan terus bayar tunai. Tapi bila buat kenduri tahlil, kenduri kahwin, bayaran kepada caterer tangguh sehari dua, seminggu dua, tulis cek tarikh kehadapan. Nak kira duit salam. Sepatutnya, kenduri yang merupakan suatu ibadat tidak boleh ditangguh bayarannya supaya tamat dan sempurna ibadat tersebut.
  • Jika kita bertugas dijabatan yang mengurus pembayaran, berusahalah memenuhi amanah menyegerakan pembayaran, jika kita ketua di suatu pejabat, arahkanlah segera pembayaran.
  • Hidup ini ibadat. Setiap perbuatan yang baik adalah ibadat, sempurnakanlah ia tanpa cacat, sebaiknya menurut Sunnah, menurut yang dianjurkan oleh Rasulullah.


Jangan lupa meneliti penulisan Tuan Abd Ghani pada sreenshot yang telah akak letak kat atas tu ye. Semoga bermanafaat kepada yang membacanya.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #28 Muhasabah Diri di Pagi Selasa


Credit: FB Ustazah Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya
Credit: FB Ustazah Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya
-------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hari ni berblogging sewaktu sarapan. Sewaktu akak tengah scroll folder gambar dalam henfon sebab nak 'clear'kan beberapa gambar, akak terjumpa screenshot ni yang pernah akak buat dulu.

Akak memang suka panduan dan nasihat dari ustazah ni, sebab akak pun mempunyai pendirian yang sama.

So, benda yang baik harus kita kongsikan untuk manafaat bersama. Semoga menjadi iktibar kepada yang membacanya.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Sunday, October 25, 2015

Post #27 Bagaimana Menghias Ruang Solat



Sebahagian kita jarang menitikberatkan susunatur ruang untuk bersolat didalam rumah kita kan? Kebanyakan dari kita cuma solat didalam bilik ataupun di ruang tamu rumah.

Jom kita cuba usahakan untuk menyediakan sebuah ruang solat yang boleh memberikan kita kekusyukan dan ketenangan yang lebih dalam solat kita. Tambahan pula kita hendak menghadap Pencipta kita kan? 

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #26 Panduan Menyimpan Beg Plastik

Bagaimana nak simpan beg plastik bekas beli barang dari kedai tu?

Akak simpan dalam bakul kat bawah sink dapur. Sumbat dan letak je, malas pulak nak lipat dan susun kemas-kemas.

Tetapi selepas tengok video ni, akak rasa 'tercabar' pulak hendak mencuba.
Dan akak harap korang pun ikut rasa tercabar nanti ye. Hehehe.


Mudah je kan?

Thanks for Reading.
 ~ Eeta.Sams ~

Friday, October 23, 2015

Post #25 10 Sebab Kenapa Masih Tak Kurus


Biar gambar sahaja yang berbicara.

Hehehe...

Jadi bagi anda yang 'berisi dan tembam' tu, cuba kurangkan atau berhentikan terus aktiviti seperti dalam senarai tu ye..

Disamping itu, anda juga boleh menggunakan produk pelangsingan yang tidak membahayakan kesihatan anda.

Selamat mencuba!

~ Eeta.Sams ~

Post #24 Segmen Blogwalking Yanie Yusuf.Com


Salam Ukhwah puan +YanieYusuf.
Akak pun nak join segmen yang dibuat oleh Puan Yanie . 
Harap puan Yanie pun sudi menjadi teman blogger akak.
Yang nak join segmen blogwalking anjuran puan Yanie, boleh la klik kat gambar diatas tu ye.

~ Eeta.Sams ~

Post #23 Gambar Lawak Elak Jerebu

Saja jer akak nak share gambar-gambar ni. Akak pun dapat dari kawan-kawan yang share kat whatsapp.

Tapi jangan ikut ye, salah caranya tuu. Hehehe.

Merbahaya...takut accident la pulak.
Kesian si miaw. Hehe.
Tak boleh nak merayau kat luar dulu ye.
Banyak botol kosong kat rumah?
Boleh ler buat camni.

Jaga kesihatan waktu jerebu ni ye. Nak tahu supplemen apa yang boleh diamalkan pada musim jerebu, jom tengok kat link ni..  KESIHATAN SEMASA MUSIM JEREBU 

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #22 Kita Yang Sering Lalai

Salam Jumaat.
Salam 10 Muharram.


Jom sama-sama kita saksikan video nasihat dari Nouman Khan yang menceritakan tentang kepentingan menjaga masa dan bagaimana kita sering lalai dalam kehidupan harian kita.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membacanya.

Thanks for Reading.
 ~ Eeta.Sams ~

Post #21 Kad Kahwin Kreatif



Tadi waktu 'melawat' fb, seorang kawan akak 'share'kan posting ni. Kad kahwin macam soalan peperiksaan. Rasanya pasangan pengantin ni cikgu kot...hehehe..

Sanggup ke nak buat kad kahwin macam ni?




Thanks 4 Reading 
~ Eeta.Sams ~

Thursday, October 22, 2015

Post #20 Abang Long

22 Oktober 2015, hari lahir yang ke 14 anak sulong kami. Sungguh tak terasa cepatnya masa berlalu.

Kadangkala hati rasa sedih sebab kurang beri perhatian kat si abang waktu kecil dulu, sebabnya selepas 11 bulan lebih kelahiran abang, adik pula lahir. Kasih sayang terbahagi dua. Mungkin itu lah sebabnya abang kuat memberontak waktu kecik dulu.

Apa apa pun mama doakan abang berjaya dunia dan akhirat. Mama luv U.

~ Eeta.Sams ~

Wednesday, October 21, 2015

Post #19 GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Dua hari lepas memang ada terlintas di fikiran nak join group blogger yang terdiri dari para ibu. So, saya buat la searching sikit kat G+ , tetapi kebanyakannya dari Indonesia.

Dan hari ni, saya di pertemukan dengan blog GMBM ni. Saya jumpa dari Blog Kisah Si Dairy yang tengah promote GMBM 1st Anniversary Giveaway ni. 
Terimakasih Puan Siti Rohaida Yusuf. :-)

Dan kebetulan pula Grup Mama Bloggers Malaysia (GMBM) tengah mengadakan 1st Anniversary Giveaway diorang.
So, saya pun nak mencuba nasib jugaklah.
Dan ini juga merupakan penyertaan pertama saya dalam mana-mana contest giveaway blogger , walaupun dah menulis di blog semenjak tahun 2007. Hahaha...

DOA KAN SAYA BERJAYA DALAM CONTEST NI...

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY


JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.


Thanks for Reading. ~ Eeta.Sams ~

Monday, October 19, 2015

Post #18 Shopping Online Blaus Muslimah

Sekarang ni memang banyak kedai online yang menjual pakaian muslimah. Pelbagai corak, rekaan dan harga. Terpulang kepada kita sebagai pelanggan untuk memilih yang mana satu.

Sekiranya anda mencari blaus muslimah yang trendy dan moden, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri kesopanan seorang muslimah, anda boleh jenguk kat shopblog saya ni ye.



Lebih banyak lagi di sini... KOLEKSI YUJAIRA

Sunday, October 18, 2015

Post #17 Kawan Baik



Sewaktu kecil dulu, sewaktu di sekolah rendah, kawan baik saya ialah si S.

Masuk tingkatan, kawan baik saya si N dan si F.

Sewaktu di IPT pulak, si Y, R, S dan M pula yang jadi kawan-kawan baik.

Dan sekarang, kawan baik saya ialah encik suami sendiri. Hihihi.

Dan saya masih mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan baik dari zaman sekolah rendah dan IPT.

"Kawan baik = tempat berkongsi masalah suka dan duka serta memberi nasihat dari hati yang ikhlas." Ini maksud kawan baik dalam kamus bahasa saya.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #17 Hikmahnya Sakit



[PERKONGSIAN DARI KULIAH SUBUH PAGI INI. HIKMAHNYA SAKIT.]
=====================

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at..

Ayuh zikir, fikir, syukur & sabar...

*Terimakasih kepada hamba الله yang sudi berkongsi nasihat ini dalam grup whatsapp pagi tadi.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #16 Bagaimana Cara Supaya Video Tidak Autoplay di Facebook

Anda perasan tak sekarang ni video dalam Facebook akan terpapar secara automatik pada newsfeed anda? Dan anda tidak perlu lagi untuk klik pada video tersebut dan paparkan pada 'tab' lain seperti dulu.

Ada sesetengah orang suka bila video di FB autoplay, tetapi tidak bagi saya.

Kenapa saya tak suka? Antara sebabnya:
1. Jangkahayat bateri handphone tak tahan. Sekejap jer dah 'lowbat', dan handphone pun padam.
2. Kalau gunakan mobile network, dah pasti kredit internet nak kena upload selalu,sebab cepat habis jugak.
3. Membuatkan saya leka dan lalai....sebelum ni memang dah lalai, maka makin berganda-ganda lah kelalaiannya, sebab asyik tengok video. Hehehe.

Ok, bagi yang nenghadapi masalah seperti saya ni, saya tunjukkan caranya supaya video tidak autoplay di FB.

Bagi yang dah tahu, boleh share.
Bagi yang belum tahu, boleh cuba ye.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Dalam applikasi Facebook,  pergi ke Settings. Pada senarai Settings,  ada App Settings,
klik kat situ ye.

Pilih Videos Play Automatically.
Dan pilih Wifi only ataupun Off,
terpulang kepada anda. Lihat gambar #3.

Selamat Mencuba!


Post #15 Sedar tak Kita?



Pagi ni posting Copy n paste yang saya dapat dari grup whatsapp. Dan saya rasa ianya amat berguna untuk dikongsikan bersama.

Berhati-hati lah dalam setiap tingkah laku kita. Fikir sebelum buat.

Wallahualam.

[TELADAN YG SANGAT BERGUNA]
------------------------------------------------------

Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yg sedang dipromosi....

.....Bukan bahan yg dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka anaknyapun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Begitu juga kalau tuan rumah hanya jemput suami/isteri tapi kita siap bawa anak pinak .
Maka hukumnya pun sama.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

{Dipanjangkan dari hantaran orang lain, moga ada kebaikannya..}
-------------------------------------------------------
Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Saturday, October 17, 2015

Post #14 Prihatin Palestin



Apa salah mereka??

~ Eeta.Sams ~

Post #13 Koleksi Baju Kurung Inaara Yang Mampu Beli

Stok terhad. Banyak yang dah sold out.
Update stok setakat 16 Oktober 2015


*Kod 5, 6, 7, 11, 12, 13 RM79/
*Lain2 code RM99/

💞💕KURUNG INAARA💕💞

KN002
XL(4)

KN003
S(5). XL. XXL(5)

KN006
XL. XXL(3)

KN008
XS(4). S(10). L(5). XXL

KN009
XS(3). L(15). XL(8). XXL(4)

KN011
S. L(10). XL. XXL(3)

KN012
XS. M(7). XL(8). XXL(6)

KN013
S. L(13). XL(8). XXL(8)

KN014
XS(7). S(3). M. L(14). XL(3). XXL(7)

KN016
XS(2). S. M(3). L(2). XL(5). XXL(5)

KN017
S. L(6). XXL(7)

KN018(KAIN HIJAU)
S(8). M(5). XL(2). XXL(10). XXXL(2)

Klik pada link:

Koleksi Baju Kurung Inaara Yang Mampu Beli

-------------------------------
Thanks for Reading.

~ Eeta.Sams ~

Post #12 Bagaimana Nak Lulus Pinjaman Bank?

 "Maaf tuan, permohonan pinjaman tuan ditolak."

 "Maaf cik, komitmen cik terlalu tinggi. Pihak kami tak dapat nak luluskan permohonan cik"



Bagaimana Nak Lulus Pinjaman Bank?



 Thanks for Reading.

~ Eeta.Sams ~

Friday, October 16, 2015

Post #11 Ngelat

Alahaii...dah ter'skip' 1 hari (Khamis 15 Okt.) untuk posting. So, hari ni nak kena ganti balik dengan 3-4 post la nampaknya..

Ngelat.....tahu tak maksud 'ngelat' tu? 
Hehehe...asal perkataan ni loghat Perak Tengah.
Ertinya TIPU. Ayat dia lebih kurang macam ni lah ye..
"Ohhhhhh...mengelat yerr..."
"Ohhhhhh...menipu yerrr..."

Hahaha... dah takde topik nak posting. Tetiba jer teringat perkataan 'ngelat' tu.

Kalau salah, tolong betulkan.



Thanks for Reading.
~ Eeta.Sams ~

Post #10 Kita Pendosa



~ Eeta.Sams ~

Wednesday, October 14, 2015

Post #9 Tumbuhan dalam Balang a.k.a Terrarium

Rasanya ramai yang belum mengetahui tentang Terrarium. Terrarium adalah konsep laman mini yang dihasilkan dalam botol kaca. Perkataan Terrarium berasal dari bahasa Greek, dimana 'terra' bermaksud tumbuhan manakala 'rium' bermaksud kaca. Konsep taman mini dalam akuarium ini telah lama diketengahkan di luar negara.

Contoh terrarium yang saya ambil dari Pinterest. Memang mengasyikkan sebab comel jer kan.



Sebelum ni saya dah pernah kongsikan cara untuk menghasilkan terrarium dalam blog Pretty Mommies. Tengok pada link ni. My Terrarium

Dan petang tadi saya telah cuba untuk menambahbaik terrarium saya yang terdahulu dengan membeli balang kaca yang lebih besar serta menambah lagi pilihan kaktus.

Hasil petang tadi...



Saya juga tengah mencari rakan blogger yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Boleh add saya di G+ atau di FB ataupun Pinterest. Cuma buat carian Eeta Sams.

Terimakasih.
~ Eeta.Sams ~

Post #8 Selamat Tahun Baru 1437Hijrah



~ Eeta.Sams ~

Tuesday, October 13, 2015

Post #7 Beli Buku Bekerja & Berniaga

Saya dah miliki buku ni.


**Catatan pada belakang cover buku**
Ada beberapa perkara yang anda perlu sedar dan fikir dahulu sebelum berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa:
  • Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu berniaga untuk lebih gembira.
  • Tidak cukup duit dan mahu berniaga untuk selesaikan masalah duit.
  • Mahu berniaga kerana mahu membayar hutang keliling pinggang.
  • Mahu banyak masa bersama keluarga dengan berniaga.
  • Berniaga kerana anda minat dan bukan kerana kawan buat anda pun mahu buat.
  • Mulakan dengan kos paling minima (lean) dan elakkan membuat pinjaman.
  • ....... dan banyak lagi yang anda perlu tahu.

**********************************
Baca lanjut pada link berikut.

Pretty Mommies (*by eeta.Sams): Review Buku Bekerja & Berniaga (1): Objektif buku hasil tulisan Puan Azura Abdullah ini adalah untuk berkongsi panduan dan juga menjadi motivasi kepada pembaca yang masih bekerja.... 


Thanks for Reading.

~ Eeta.Sams ~

Post #6 Panduan Supaya Gambar atau Video Tidak Auto Download ke Handphone

Masih ramai juga yang tidak mengetahui bahawa setting dalam applikasi Whatsapp boleh di 'set' kan supaya gambar ataupun video yang dihantar tidak perlu di download dan disimpan kedalam memori handphone.

Disini saya nak kongsikan cara-cara nya kepada yang belum tahu. 
Dan bagi yang dah tahu, boleh skip je posting ni dan baca posting saya yang lain ye..hehe..




Pergi Settings Whatsapp, lepas tu pilih Chat Settings.


Pilih Media auto-download .


Pilih When Using Mobile Data, 'unselect' pada pilihan Images, Audio dan Videos.
Seperti pada gambar #4. Dan tekan OK.
Kemudian pilih pula When Connected on Wifi, buat seperti tadi juga.
Lihat pada gambar #5. Dan jangan lupa tekan OK




 Setelah ni, anda tidak perlu lagi risau handphone 'lagging' ke ,'hang' ke ataupun jem yer.

Selamat mencuba ye.

(* Silakan share kalau anda rasa panduan ni berguna dan bermanafaat.)



Thanks for Reading. 
~ Eeta.Sams ~

Post #5 Prihatin Palestin

Kejamnya tentera Israel memperlakukan mereka sebegini.

Remaja Palestin ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya tanpa perikemanusiaan.

Apakah dosa mereka diperlakukan sebegini?
Hanya kerana mereka inginkan kebebasan diatas tanah kelahiran mereka sendiri.

Prihatin Palestin, sebarkan sebanyak nya tentang kezaliman Israel supaya seluruh dunia sedar.



Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Post #4 I M A MOM



Selamat Pagi kepada para ibu semuaaa....

Istimewanya seorang ibu kerana dapat melakukan banyak perkara untuk keluarganya.

Hargailah pengorbanan seorang ibu.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams~

Monday, October 12, 2015

Post #3 Wantan Halal

Lunch hour tengahari tadi menjamu selera dengan hidangan wantan yang memang umphhh... Dan yang pastinya wantan ini dihasilkan oleh orang Islam sendiri. Jadinya saya makan tanpa was was.

Nampak tak kicap pekat dalam peket tu? Ini lah yang membangkitkan selera peminat wantan ni. Sambal kicap yang pedas dan terangkat ni memang ngam sangat bila dicicah dengan wantan rebus.

Fuhhh...mak atau pak mertua lalu kat belakang pun tak sedar.
(Perumpamaan jerr..tak kan la sampai tak sedar kan, lain la kalau tengah angau main COC kat gajet...hihihi)


Wantan ni sedap jugak kalau di deep fried ataupun dibuat sup wantan, tambah sayur-sayuran dan suhun sekali.

Sunday, October 11, 2015

Post #2 Kisah Rambut



Mata dah mengantuk..esok isnin, start mem'busy'kan diri dengan rutin biasa seorang ibu,isteri dan pekerja makan gaji. 2 orang anak yang bersekolah rendah kena bangun awal pagi esok. Biasalah kalau hari isnin, semuanya malas, termasuklah emak nya sekali.

Oh yaa...berbalik kepada topik, 
Kisah Rambut.

Rujuk gambar. Betul ke??
Rasanya betul la.
Tapi bagi yang lelaki, diorang risau satu je,
 Hilang Rambut! Hehehe...

Selamat Malam
~Eeta.Sams~

Post #1 ~ SAPA SAYA?

10.10.15

Eeta Sams, ini nama pena saya. Diambil dari singkatan nama penuh saya dan nama bapa saya.

Eeta adalah nama panggilan di kalangan ahli keluarga dan kawan rapat. 
Nama sebenar saya amat unik, seperti nama orang Latin. 
Ianya diberi oleh arwah nenda saya, Hajjah Dolly.
الفاتيه

Saya bukan dalam golongan orang muda lagi. Usia saya dah masuk 4 siri. 
BMW 4 SERIES! Tapi saya masih gemar blogging. 
Dan blog Eeta.Sams ni bukanlah blog saya yang pertama.

Saya start blogging semenjak tahun 2007, dan shopblog saya yang pertama ialah Pretty Mommies. 
Saya memulakan online shop melalui Pretty Mommies dengan menjual pakaian wanita termasuk untuk ibu hamil dan kain kebaya bersulam yang memang ramai peminat!

Selain di blog, saya juga amat aktif di forum seperti forum Wanita Melayu, Ehomemakers, Cari.com dan banyak lagi. Malahan saya juga pernah menjual di eBay Malaysia. 

Selain Pretty Mommies, shopblogs saya yang lain ialah:
> Hati Sihat
> Vitamin Subur

Kesemua blog tersebut adalah blog jualan produk, kecuali blog Pretty Mommies yang kini telah ditambah dengan perkongsian pelbagai info.

Blog Eeta.Sams ini merupakan blog personal saya yang pertama. Dan ianya akan lebih banyak dipenuhi dengan coretan santai dan tentang minat saya. Inshaa Allah.

Terima Kasih.

~Eeta.Sams~

This Is My Personal Blog

Salam Perkenalan.

Selamat Datang ke blog peribadi saya.

Terimakasih kerana sudi singgah dan membaca nukilan saya disini.

"sharing is caring"
~Eeta Sams ~