BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Wednesday, February 24, 2016

Post #65 Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

Lama dah akak tak join Giveaway, rasanya sepanjang blogging personal ni, baru 2 kali buat entry untuk Giveaway. Hehehe..

So, since tadi terlihat posting oleh Yanie Yusuf tentang Giveaway ni, akak nak try gak lah. Lagipun simple jer syarat dia.



Ni dia syarat-syarat dia...

1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

2.Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist anda sepanjang GA berlangsung.

 www.khatyaiman.com

 www.irrayyan.com

 www.wayneharraz.com

 www.maisarahsidi.com

3. Dah siap? Sila tinggalkan link entry GA korang diruangan komen ini. Tq :)


Tarikh GA  22.02.2016-29.02.2016

Semoga berjaya


Senarai peserta => ewanto marcello

Senarai hadiah  => mommy irra

Pengumuman pemenang => mai

Terimakasih.... 

Post #64 Apa Perlu Dilakukan Semasa Banjir



Akak share tips dan panduan dari fb Pusat Gerakan Operasi Sarawak. (Gambar kat atas tu waktu banjir di daerah Serian minggu lepas.)

TINDAKAN YANG PERLU BILA BERLAKUNYA BANJIR

1.) Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

2.) Ikuti arahan pihak berkuasa.

3.) Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

4.) Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.

5.) Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.

6.) Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti.

7.) Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.

8.) Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.

9.) Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras.

10.) Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

11.) Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet.

PGO

Post #63 Movie Seram The Other Side of The Door


>> The Other Side of The Door <<

Memang seramlah tengok trailer dia.
.
Kadang-kadang akak minat jugak tengok cerita seram ni. Tapi tak berapa nak suka cerita seram melayu..Akak prefer cerita seram yang ala-ala cerita Conjuring dan Insidious.
.
Cerita The Other Side of The Door ni mengisahkan satu keluarga yang kematian anak lelaki mereka dalam kemalangan setelah kereta mereka terhumban kedalam sungai.

Setelah kejadian tersebut, si ibu telah berkenalan dengan seorang 'dukun' yang telah memberitahunya mengenai sebuah tempat rahsia dimana si ibu boleh berbicara dengan si anak yang telah meninggal dunia.

Dan si 'dukun' telah memberi amaran awal kepada si ibu supaya tidak membuka pintu tempat rahsia tersebut.

Tetapi si ibu rupanya tidak mengendahkan nasihat 'dukun' tersebut. Dan bermulalah episod berhantu yang menganggu kehidupan si ibu dan anak perempuan nya.

Macam best je kan ceritanya...mula ditayangkan di pawagam 25 February ni. Tapi kita tengok dululag trailer ceritanya.

Tuesday, February 23, 2016

Post #62 Rahsia Happy Cacha Maembong

# iklan #

Akak kenal Emma Maembong..
.
Jadi Chaca Maembong ni akak rasa mesti adik atau kakak si Emma kot. Hehehe...


.
Tapi comel lagi Emma Maembong lah.
.
Apa-apa pun, kalau ada yang berminat nak kenal ngan si Chaca ni, dan nak tahu kenapa dia selalu happy, better tengok VIDEO dia ni.
.
## RAHSIA HAPPY CHACHA MAEMBONG #

Thursday, February 18, 2016

Post #61 Resipi Kek Batik Tanpa Telur

Bismillahirrahmanirahim. 


Hoyey..akak jumpa resipi ni dari blog Puan Noor. sungguh mudah resipinya. Bahan tak banyak, dan paling best tak guna telur pun.

KEK BATIK MILO
Bahan nya200 gm milo250 gm mentega1/2 tin susu pekat manis1/2 peket roti meriesedikit serbuk koko
Cara nya1.  Cairkan mentega.2.  Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau sehingga sebati dan tutup api.3.  Patahkan biskut merie masukkan dalam adunan dan kacau perlahan-lahan.4.  Bila dah sebati tuangkan adunan dalam bekas yang telah di lapis plastik.5.  Tekan dengan senduk kayu supaya adunan padat.6.  Taburkan dengan serbuk milo di atas nya dan boleh lah di sejukkan selama 2-3 jam7.  Kek batik kita sudah boleh di potong dan di nikmati.

Insha allah hujung minggu ni akak nak cuba buat. So, sementara tu simpan kat sini dulu resipi nye.

Anda boleh jugak terjah blog BICARA KAK NOOR, memang banyak resipi kat dalam tu.


 Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Post #60 Resipi Mudah Buat Penkek



Lama sungguh tinggalkan blog personal ni. So, hari ni akak nak share satu resipi mudab yang akak dapat dari fb bagaimana nak buat penkek atau bahasa melayunya lempeng yang gebu.

*gambar kat atas tu penkek yang akak buat hujung minggu lepas..sedappp..'masuk bakul, angkat sendiri la akak ni. Hehehe.

Bahan-bahan nya..ni untuk 5 ke 6 keping penkek ye.

Secawan tepung naik sendiri.
Secawan susu cair (suam ye)
2 sudu besar butter (dicairkan)
Secubit garam.
Sesudu kecil baking powder.
Sebiji telur.
4 sudu gula, terpulang nak manis atau kurang manis. (4 sudu ni pun dah manis)

Cara buat:

Campurkan tepung,baking powder,gula,garam dan telur, gaul rata guna whisk (pastikan tiada ketulan tepung lagi).
Masukkan butter yang dicairkan tadi dan gaul lagi sekejap.
Panaskan non-stick pan, letak buttet sedikit.
Tuangkan bahan yang telah digaul tadi keatas pan. Akak guna senduk je.
Balikkan penkek jika permukaan sebelah sudah nampak kekuningan.
Dah siap, sedap kalau dituangkan madu atau sirap coklat. Ikut selera masing-masing la ye.

Akak sediakan bahannya pada waktu malam, bangun pagi dah boleh buat untuk anak-anak sarapan nak pegi sekolah.

Selamat mencuba!