BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Sunday, March 20, 2016

Post #66 Rumahtangga 'sakinah' dan bahagia



-Perkongsian dari Dr.Zaharuddin -

Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting).

Antara tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc).

Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga.

-Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain-
Post a Comment