BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Wednesday, January 6, 2016

Post #55 Resipi Ketam Telur Masin

Bismillahirrahmanirahim. 

Masakan ketam memang masakan laut kegemaran akak. Kelmarin sewaktu 'jenjalan' kat FB, akak jumpa la resipi Ketam Telur Masin ni dari FB: Resipi Orang Kampung
Oleh kerana akak khuatir tak jumpa lagi dah nanti resipi ni, so akak 'copypaste' kat blog je lah supaya senang nak rujuk nanti waktu nak memasak. Lagipun akak tengok resipi ni mudah jer kalau nak buat. Bahan dia pun tak banyak.


Ni gambar Ketam Masak Telur Masin.




Ni pulak resipi dia...Jom kita cuba yer..
*Terimakasih bebanyak juga kepada yang share resipi tu kat FB,

KETAM TELUR MASIN
Bahan-bahan:
4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isi & lenyek
4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ ketuk
4 helai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam ikut masin sbb telur dh msin
Cara:
Ketam kasi rebus
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
ketam + tepung jagung = goreng secara terendam dalam minyak
panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari
telur asin yang di lenyek+ susu cair
Gaul dan masak
Masukkan ketam + gaul.
Siap!
SEDAP NYE...

 Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

No comments: