BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Sunday, January 10, 2016

Post #59 Promosi Murah Air Asia


*gambar diatas takde kaitan dengan post*

Hehehe...
Tak tau dah nak letak gambar yang sesuai.

Malam ni akak nak kongsi satu promosi khas Air Asia sempena cuti perayaan kaum cina yang akan datang ni.

Mana la tau kot kot ada yang plan nak pergi bercuti jauh tapi tak jumpa lagi promo tiket kapal terbang yang best.

Cuba tengok jap kat link ni ye...
http://bit.ly/1UGUMUf

Post #58 Idea Rak Dapur

Bismillahirrahmanirahim.

Kalau nak jimat bajet, tak perlu pasang kabinet dapur, tapi boleh digantikan dwngan pemasangan rak untuk mengantikannya. Jimat la jugak kan. Cuma perlu sentiasa rajin untuk bersihkan debu dan habuk yang singgah jer.

Ni ada beberapa idea rak dapur yang akak pinjam dari FB. Cantik jer akak tengok. So, simpan di blog dulu la untuk rujukan akan datang.





 Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Thursday, January 7, 2016

Post#57 Iklan Blaus Denim Reyqa

Whatsapp 014-9940049 

Khas yang mahu tampil ranggi tapi muslimah. 
Design yang tak terlalu over tapi sangat cantik dan kemas bila disarung. 



Terima Kasih Sudi Singgah.~ Eeta.Sams ~

Post #56 CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016 TERKINI

Bismillahirrahmanirahim. 

Nak share info yang akak dapat dari grup whatsapp.
Senang ler nak buat perancangan awal semasa cuti sekolah nanti.

1. Cuti Tahun Baru Cina
    6/2 hingga 13/2 (9 hari)
2. Cuti Pertengahan Semester 1
     12/3 hingga 20/3 (9hari)
3. Cuti Pertengahan Tahun
     28/5 hingga 12/6 (16 hari)
4. Cuti Aidil Fitri
    2/7 hingga 10/7 (9 hari)
5. Cuti Pertengahan Semester 2
    10/9 hingga 18/9 (9 hari)
6. Cuti Deepavali
     28/10 hingga 1/11 (5 hari)
7. Cuti Akhir Tahun
     26/11 hingga 1/1 (37 hari)

Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Wednesday, January 6, 2016

Post #55 Resipi Ketam Telur Masin

Bismillahirrahmanirahim. 

Masakan ketam memang masakan laut kegemaran akak. Kelmarin sewaktu 'jenjalan' kat FB, akak jumpa la resipi Ketam Telur Masin ni dari FB: Resipi Orang Kampung
Oleh kerana akak khuatir tak jumpa lagi dah nanti resipi ni, so akak 'copypaste' kat blog je lah supaya senang nak rujuk nanti waktu nak memasak. Lagipun akak tengok resipi ni mudah jer kalau nak buat. Bahan dia pun tak banyak.


Ni gambar Ketam Masak Telur Masin.




Ni pulak resipi dia...Jom kita cuba yer..
*Terimakasih bebanyak juga kepada yang share resipi tu kat FB,

KETAM TELUR MASIN
Bahan-bahan:
4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isi & lenyek
4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ ketuk
4 helai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam ikut masin sbb telur dh msin
Cara:
Ketam kasi rebus
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
ketam + tepung jagung = goreng secara terendam dalam minyak
panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari
telur asin yang di lenyek+ susu cair
Gaul dan masak
Masukkan ketam + gaul.
Siap!
SEDAP NYE...

 Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Post #54 Kebun Mini

Bismillahirrahmanirahim.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.

Ok, sebagai pembuka tirai tahun 2016, akak nak story sedikit tentang Kebun Mini 
yang diusahakan oleh mr.hubby semenjak 2 bulan lepas.

Takde lah besar mana pun tapak kebun dia ni.
Tapi sekarang setiap pagi dan petang dia akan 'melawat' kebun mini dia tu.
Hehehe...


Sayur-sayuran yang di tanam kat kebun mini:
- Tomato Ceri
- Kacang Panjang
- Pokok kari
- Cangkuk manis
- Terung
- Terung Asam
- Cili
- Kacang Buncis
- Keladi (yang tu tumbuh sendiri)
- Bunga 5 kelopak pun tumbuh sendiri..akak tak tahu nama bunga tu. Hihihi.

Pokok kacang panjang yang baru nak memanjat.
Background: Tomato ceri yang tengah masak.

Walaupun mini dan masih baru lagi dalam hobi berkebun ni, akak turut berbangga dengan semangat dan kerja keras mr.hubby, sebab akak lah pencetus semangat dia (cewahh), dengan memasukkan dia dalam FB group seperti grup Kebun Mini dan grup Small House in Large Garden.

May The Force Be With You.

Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~