BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Wednesday, December 30, 2015

Post #53 Rumah Kecil Dalam Kebun (part II)

Terjumpa lagi beberapa gambar yang akak rasakan boleh dijadikan idea dan pencetus semangat untuk dirikan rumah dalam kebun suatu hari nan indah nanti.

Hehehe.

Gambar2 ni akak ambik dari fb sebuah resort/homestay kat semenanjung Maaysia. Lupa lah pulak nama tempat tu. Kalau ada pembaca yang tahu nama tempat ni, sila tinggalkan komen ye. Terima KAsih. 

Seronok nye kan kalau ada private swimming pool. Boleh la dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat jimat duit jugak.







Cantik kan??
:-)

Terima Kasih Sudi Singgah Sini.

Tuesday, December 29, 2015

Post #52 Idea Laman (1)

Bismillahirrahmanirahim. 




Plan nak buat macam ni jer kat tepi rumah teres kita.

Nampak mudah dan bajet pun jimat je kan?

Yang gambar kedua ni pun nampak simple dan mudah untuk di uruskan. Tak perlu la cik abang penat nak potong rumput setiap bulan.




Sekarang ni kat tepi rumah kita memang ada ruang besar yang ditumbuhi rumput.

Tapi yang tak best bila kucing jiran ni tinggalkan 'bom jangka' diorang kat situ...hmmm..sabar je la.

Lagipun tak banyak keja kalau nak buat lanskap gaya ni. Korek sikit tanah permukaan beserta dengan rumput sekali. Lepas tu pasang la bata atau jubin pejalan kaki, dan simen kan sedikit. Dan hiaslah dengan batu sungai sikit kat tepi tu.

Hehehe... Terimakasih sudi baca.




Post #51 Edited 30 Disember 2015

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.
Untuk panduan kita bersama.
Time hujan dan sejuk macam sekarang ni la yang selalu buat kita terbabas tidur.

-Edit pada 30 Disember 2015-

Memandangkan imej tak berapa jelas, so akak nak ringkaskan 
serba-sedikit perkongsian tersebut ye.

Soalan pembaca:
Saya kerap tidur lewat menyebabkan saya sukar bangun dan menunaikan solat subuh tepat pada waktunya. Kadangkala saya dapati ramai juga yang mempunyai masalah sama, tetapi mereka menunaikan solat subuh sebaik sahaja terjaga dari tidur walaupun matahari sudah terbit.
Jadi saya keliru adakah kita masih boleh mengerjakan solat subuh walaupun sudah lewat?
Malah setahu saya ada waktu yang di larang daripada menunaikan solat seperti selepas terbit matahari.

Ringkasan jawapan:
- Allah dah tentukan waktu malam untuk manusia berehat. Sekiranya kita mengubah peraturan Allah, pasti ada akibatnya. Apabila tidak cukup tidur di waktu malam, maka akan merosakkan kesihatan, pembelajaran dan pekerjaan. Begitu juga jika kita lalai dengan solat fardhu.
-Apabila kita TERTIDUR dan bukannya kerana malas bangun, maka adalah wajib bagi kita untuk terus mendirikan solat subuh . Bagaimanapun amalan berjaga malam sehingga tidak dapat menunaikan solat Subuh pada waktunya adalah dikira berdosa.
- Solat subuh wajib di qadha.
- Ubah tabiat tidur dan elak dari berjaga malam.

Wallahualam.

Terimakasih Sudi Singgah Sini.

Monday, December 28, 2015

Post #50 Desain Dapur Impian

Terjumpa orang share kat FB pelbagai desain dapur yang cantik. Akak pilih yang akak suka dan akan jadikan realiti suatu hari nanti. Inshaa Allah.

So, kita simpan kat blog je lah. Kalau simpan kat FB, payah sikit nak cari balik. Waktu nak perlukan desain dapur nanti boleh lah refer kat blog semula.

Kan mudah gituuu...







Tuesday, December 15, 2015

Post #49 Star Wars 7: The Force Awakens

Bismillahirrahmanirahim. 

Peminat filem Star Wars memang dah tertunggu-tunggu untuk Episod 7 ni yang akan ditayangkan pada 17hb Disember 2015 di seluruh pawagam.

Tentu dah ramai yang buat 'pre-booking' tiket wayang ni.



Akak dan husband pun memang minat filem Star Wars ni. 
Yelah kan, dari zaman kecik-kecik dulu lagi dah kenal filem ni 
dan watak-watak dalam filem tersebut.
Akak pun sebenarnya memang tak sabar jugak nak tahu 
jalan cerita untuk episod yang baru ni. 

Tapi akak belum booking lagi tiket untuk tengok
filem tu. 
Huhuhu...
Takper la..akak bersabar je dulu. Sekarang akak nak fokus
dengan persiapan sekolah anak-anak dan
Belanjawan 2016 dahulu.


Terima Kasih Sudi Singgah.


'MAY THE FORCE BE WITH YOU' ~ Eeta.Sams ~

Friday, December 11, 2015

Post #48 Rumah Kecil Dalam Kebun

Bismillahirrahmanirahim. 


Rumah kecil dalam kebun <<<----- Ini IMPIAN akak satu hari nanti. 
Inshaa Allah.

Terimakasih kepada mr.google untuk gambar-gambar ni.
Akak pinjam jer.





Catatan 11 Disember 2015

Cita-cita akak bila dah berusia nanti nak bina rumah kecil dalam sebuah kebun buah-buahan. Bukan sahaja tanam buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi boleh buat untuk pelihara ayam,itik dan kambing. Chewahh..tinggi nya cita-cita akak. Hehehe.

Tapi tidak salahkan nak berangan-angan, sebab kadang-kadang akan menjadi kenyataan sebab telah tertanam dalam otak. Otak berupaya untuk menggerakkan hati untuk mencapai cita-cita itu. Itulah dia yang dinamakan Law of Universal Attractions (LUA). Ada masa, akak akan share dalam blog ni, apa dia LUA tu.

[to be continued...]

Terima Kasih Sudi Singgah. 
 ~ Eeta.Sams ~

Friday, December 4, 2015

Post #47 Order KFC Online

Dunia sekarang ni mudah jer kan kalau nak order makanan..
Di hujung jari jer...
Contohnya macam restoren KFC (Kentucky Fried Chicken) 
pun dah boleh order online.

Nampak tak iklan kat atas blog atau kat sidebar blog ni? 
(untuk website view je...mobile view tak ada k..)

Nampak menggoda kan ayam-ayam goreng diaa...
Kalau rasa nak order tu, KLIK jer kat iklan tu ye.

Hahaha...tu jer akak nak cakap..Terima Kasih dik non (yang sudi klik ye.

SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARI!





Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~
(Aku Orang Biasa..)

Post #47 Ending Cerita Tuan Anas Mikhail Yang...



- Boring
- Menghampakan
- Ntah apa-apa laa...

Ini komen akak. Memang tak puas hati la tengok episod terakhir tadi.

Bab rahsia jahat Datuk Azhar terbongkar dan perkahwinan Tuan Anas dan Safra tak jadi tu memang dah dapat agak dahh..

Cuma yang paling sakit hati tuu, rupa-rupanya pemilik cincin emas besar tu TUKANG KARUT jerr.....alahaiii...mati-mati kita ingatkan akan jadi watak paling surprise dalam ending cerita tu!

Memang surprise abis la bila Raja Azura tu storyteller je. Entah apa-apa laaa...

Dahhh..sekian coretan akak di tengah malam ni. Akak nak tido da.

Assalamualaikum dan selamat malam.

* jangan mimpi cincin emas besar gedabak je sudahh...*

Post #46 Terimakasih الله



[perkongsian dari grup whatsapp. Terimakasih kepada yang telah menghasilkan kata-kata ini.]

• Besi itu kuat, tapi api dapat melelehkannya.
• Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya.
• Air itu kuat, tapi matahari bisa menghilangkannya,
• Matahari itu kuat, tapi awan bisa menghalanginya.
• Awan itu kuat, tapi angin mampu memindahkannya.
• Angin itu kuat, tapi manusia mampu mengontrol dgn layarnya.
• Manusia itu kuat,tapi dosa dan nafsu duniawi dapat melemahkannya.
• Dosa itu kuat, tapi iman bisa mengatasinya.

* YANG TERKUAT Adalah IMAN, AMAL KEBAIKAN, karena TAK AKAN HILANG SETELAH KEMATIAN.

* Dan yg paling indah dalam Hidup ini:

- Saat kita pergi ada yang mendoakan.
​- Saat kita jauh ada yang merindukan.
- Saat kita sedih ada yang membuat kita senang.
- Saat kita ketemu ada senyum yang indah

Tapi yang terindah dari segalanya adalah .... ketika Allah  masih berkenan memberikan nafas untuk kita hidup di hari ini.

Thursday, December 3, 2015

Post #45 Nukilan Petang Khamis 4 Disember 2015



[diambil dari grup whatsapp. Terimakasih kepada yang telah menghasilkan kata-kata ini]

SubhanAllah... Kebesaran Sang Pencipta.

Allah Swt. BerFirman :

Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam perut ibu mu ,, 
dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya 
tak lemas/terhidu engkau dalam rahim.

Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. 
Aku cukupkan bagi engkau makanan mu.

Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut.
 Di kananmu hati. dan di kirimu hempedu ibumu.

Setelah itu, Aku ajarkan engkau untok tetap dan duduk di dalam badan ibu mu. 
Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??