BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Tuesday, November 10, 2015

Post#36 Cara Lakukan Sujud Sahwi

Bismillahirrahmanirahim. 



Pernah tak semasa dalam solat, kita terlupa berapa rakaat yang kita dah lakukan? Kadang-kadang akak pun begitu jugak. 


Sedih kan? Sebab dalam solat pun kita boleh leka dan lalai, serta bawa duniawi dalam solat, diwaktu kita sedang menghadap Pencipta kita, Allah Yang Maha Besar.

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, manusia yang lemah.

* Credit: My Stormreaders Blog*

Apa itu Sujud Sahwi?
Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir) sebelum kita mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? 
Ada 3 perkara iaitu:
  • Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.
  • Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
  • Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.
Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi?

Ada perbezaan pendapat tentang bacaan. Yang umumnya kita telah diajar untuk membaca:

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)

Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaana rabbiyal aala wabihamdih (Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.)

Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika dipandukan dengan hadis Nabi SAW.

***************************************************

*Penerangan dari Uztaz Azhar Idrus tentang sujud sahwi.*


 Terima Kasih Sudi Singgah. 
 ~ Eeta.Sams ~

No comments: