BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Saturday, November 21, 2015

Post #44 Idea Ruang Solat



Akak terjumpa ni kat FB.

Bagus jugak idea ni kan...untuk naikkan semangat anak-anak bersolat.

Rasanya mak ayah pun teruja sama kalau ada ruang solat camni.

Thanks 4 Reading
~ Eeta.Sams ~

Monday, November 16, 2015

Post #43 Projek Terrarium Telah Di Upgrade

Bismillahirrahmanirahim. 


Didalam post #9 sebelum ni, akak dah pernah buat posting tentang terrarium ni, salah satu aktiviti @ hobi yang akak tengah berjinak-jinak sekarang.

Dan hujung minggu lepas, akak dah beli 3 jenis tumbuhan 'succulents' dan kaktus untuk ditambahkan  lagi kedalam balang kaca yang sebelum ni. Sebab akak rasa macam 'kosong' sangat kat dalam tu.


Ni gambar terrarium yang dulu.
(Ada 2 kaktus dan 2 'succulents' tapi 1 'succulent' tu dah mati...)



Ini pula kaktus dan 'succulent' baru yang akak beli.
Dan juga aksesori tambahan, rama-rama dan burung bangau.
Tapi kan, lepas tu akak rasa pelik pulak sebab ada burung bangau 
kat tengah gurun. Hahaha...



 Ini dia hasil aktiviti petang kelmarin.



Ini pulak selepas ditambah dengan batu-batuan yang akak jumpa kat laman rumah.



Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Thursday, November 12, 2015

Post #42 Buku Panduan Bekerja & Berniaga

 Bismillahirrahmanirahim

Akak dah beli buku ni. Memang seronok baca panduan dari Puan Azura Abdullah.
Akak beli buku ni sebagai persediaan akak sendiri sebelum meninggalkan
alam pekerjaan nanti. 
Bagi yang ada niat nak berhenti kerja dan memulakan biznes, baik baca buku ini
sebab sarat dengan nasihat serta panduan kepada para suri. 
Selepas membaca, mungkin kita boleh 'susunatur' dan rancang apakah
rancangan yang kita nak lakukan sebelum meletak jawatan.

Jangan jadi macam ni..

"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."



Serba sedikit 'intro' untuk buku Bekerja & Berniaga di link berikut.


Terima Kasih Sudi Singgah
~ Eeta.Sams ~

Post #41 Banjir Lumpur di Lebuhraya KL-Karak





Tanah runtuh yang berlaku di Km52.4 berdekatan Bukit Tinggi petang kelmarin, 11 November 2015, telah menyebabkan banjir lumpur mengakibatkan kesemua laluan terhalang dan trafik sesak dari kedua-dua arah.

Lembaga Lebuhraya Malaysia telah menasihatkan pengguna menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.

Dan menurut beberapa sumber terdapat beberapa buah kereta yang tertimbus dibawah runtuhan yang berlaku.
.......................................
(sumber dari Astro Awani dan fb PDRM)

Akak berdoa agar tiada nyawa yang melayang.

Terimakasih Sudi Singgah.
~ Eeta.Sams ~

Wednesday, November 11, 2015

Post #39 Bina Rumah Murah

Bismillahirrahmanirahim. 


Seronok kan kalau dapat buat rumah atas tanah sendiri?
...
Tambah seronok lagi  kalau dapat buat rumah dengan harga murah macam kat atas tu!
...
Dan berganda-ganda seronok nya bila kita tak perlu 'pecah kepala' nak cari peguam dan pinjaman bank...sebab semuanya diuruskan oleh pihak ZMA BINA.
...
Latar-belakang syarikat ZMA BINA .

ZMA BINA yang beribu pejabat di Bandar Seri Iskandar, Perak adalah merupakan kontraktor kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan rumah.

Pihak ZMA BINA menawarkan perkhidmatan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, bekerja sendiri dan sebagainya.Mereka juga turut menawarkan satu pakej mudah bagi kakitangan kerajaan yang berkelayakan dalam membantu menguruskan segala urusan termasuk urusan pinjaman dengan pihak Bahagian Perbendaharaan Pinjaman Perumahan (BPPP, Kementerian Kewangan) sehingga kerja-kerja pembinaan selesai sepenuhnya. Buat masa sekarang kawasan perkhidmatan syarikat mereka adalah meliputi negeri Perak dan Selangor sahaja.

...
Bagi yang berminat, boleh menghubungi En.Zulhamzi Mokhtar seperti berikut:

Tel : 05-371 4413
Hp/Whatsapp: 019-574 7726 (En. Zulhamzi Mokhtar)
Fax: 05-371 4435
...

 Terima Kasih Sudi Singgah.
 ~ Eeta.Sams ~

Tuesday, November 10, 2015

Post#38 Keputusan UPSR 2015

Bismillahirrahmanirahim.


Para ibubapa yang ada anak-anak sedang menunggu keputusan UPSR, bersedialah untuk minggu hadapan ye.

Keputusan akan dikeluarkan pada hari selasa, 17 November 2015.

So, para ibubapa sekelian, kalau anak-anak tak dapat keputusan yang kita inginkan, sabar dan redha je lah ye. Jangan dimarah anak tu, takut dia stress dan rasa kecewa pula nanti.

 Terima Kasih Sudi Singgah.
 ~ Eeta.Sams ~

Post #37 Filem Dilwale 2015

 ** Akak bukan peminat filem Hindustan...hehehe...*

Sempena sambutan Hari Deepavali pada hari ni , akak nak share satu trailer filem untuk peminat Shah Rukh Khan dan Kajol. Filem ni akan ditayangkan pada 18 Disember nanti. 

So, peminat filem Bollywood, jangan lupa tonton filem ni nanti ye DILWALE 2015.



 Terima Kasih Sudi Singgah. 
 ~ Eeta.Sams ~

Post#36 Cara Lakukan Sujud Sahwi

Bismillahirrahmanirahim. 



Pernah tak semasa dalam solat, kita terlupa berapa rakaat yang kita dah lakukan? Kadang-kadang akak pun begitu jugak. 


Sedih kan? Sebab dalam solat pun kita boleh leka dan lalai, serta bawa duniawi dalam solat, diwaktu kita sedang menghadap Pencipta kita, Allah Yang Maha Besar.

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, manusia yang lemah.

* Credit: My Stormreaders Blog*

Apa itu Sujud Sahwi?
Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir) sebelum kita mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? 
Ada 3 perkara iaitu:
  • Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.
  • Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
  • Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.
Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi?

Ada perbezaan pendapat tentang bacaan. Yang umumnya kita telah diajar untuk membaca:

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)

Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaana rabbiyal aala wabihamdih (Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.)

Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika dipandukan dengan hadis Nabi SAW.

***************************************************

*Penerangan dari Uztaz Azhar Idrus tentang sujud sahwi.*


 Terima Kasih Sudi Singgah. 
 ~ Eeta.Sams ~

Post #35 6 Hari Terbabas

Bismillahirrahmanirahim. 

6 HARI TERBABAS?
.
TERBABAS APA NYER?
.
TERBABAS TAK UPDATE BLOG Eeta Sams
.
.
HEHEHEHE...
.
 Terima Kasih Sudi Singgah. ~ Eeta.Sams ~

Tuesday, November 3, 2015

Post #34 Hujan di Bulan November

Selamat datang bulan November.!
Hari ni dah 4hb November.  Akak baru nak ucap selamat datang bulan November. Dah basi dahh..dan posting ni adalah posting ke2 dalam bulan November. Sepatutnya 1 November lepas dah start dengan posting yang pertama. Tapi apa boleh buat, dah terbabas sampai 4hb. Amekaww..nak kena 'qadha' posting la nampaknya.

Bulan November diramalkan oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia sebagai bulan tengkujuh dimana hujan lebat dijangkakan akan berlaku di seluruh Malaysia.  Kat tempat akak, Kuching-Kota Samarahan pun setiap hari hujan. Jerebu pun dah takde lagi. Alhamdulillah.

Jadinya untuk meraikan kedatangan hujan di bulan November ni, akak nak kongsikan video ni ye. Kumpulan ni memang dikenali ramai oleh peminat kumpulan rock pada zaman remaja akak dulu. Dan sekarang pun kumpulan ni antara kumpulan rock yang 'legend' seantero dunia. November Rain by Guns n Roses.
(*p/s: akak peminat muzik rock zaman remaja dulu..hehe)



Terima Kasih Sudi Singgah.
 ~ Eeta.Sams ~

Post #33 Bantuan Diperlukan

Bismillahirahmanirahim.



Jom Kita Sama-sama Membantu Keluarga Ini.

Boleh bantu dengan menyumbang kedalam akaun bank seperti dinyatakan. Sedikit pun tidak apa. Yang penting nilainya di sisi الله.

Kalau dapat share posting ini pun dah cukup baik. Terimakasih akak ucapkan.

" Kuching: Seorang bapa merayu orang ramai menghulurkan bantuan bagi membolehkan pembedahan membetulkan tulang belakang anaknya akibat penyakit Skoliosis dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.

Awang Putra Awang Jaya, 47, berkata, anaknya, Awang Mohd Azrul Jaya, 17, memerlukan sekurang-kurangnya RM35,000 untuk menjalani pembedahan, namun wang dimiliki hanya RM20,000.

Menurutnya, masalah tulang belakang yang dihidapi anak ketiga daripada lima beradik itu dikesan sejak lahir dan sehingga kini menjejaskan kesihatannya.

“Sebelum ini, anak saya membuat pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sepatutnya menjalani pembedahan Ogos lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup wang.

“Anak saya sudah menjalani pembedahan dua kali sebelum ini dan doktor sekali lagi mengesyorkan pembedahan ketiga yang dijadualkan Disember ini. Masalahnya, duit masih tidak cukup,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dia yang menetap di Taman Sri Sena, Semariang, di sini, berkata, dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan, dia tidak mampu dapat mengumpul baki wang untuk pembedahan itu.

Awang berkata, isterinya, Nor Azah Mohamad Jennis, 47, turut mengalami masalah kesihatan akibat ketumbuhan di otak dan terpaksa berhenti kerja sejak dua tahun lalu.

Orang ramai yang mahu menyumbang bantuan 
boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 111114419330 atas nama Noor Azah Mohamad Jennis."

Sumber:
(http://www.hmetro.com.my/node/90072?m=1)